Belia di Kampung Igan juga terlibat dalam aktiviti usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). 


Nama usahawan : ARA BINTI AHMAD

Bidang yang diusahakan : Perkhidmatan gunting rambut

Alamat pengusahaan : Kampung Sekerang Igan, 96400 Mukah, Sarawak.

Beliau merupakan salah seorang usahawan dalam bidang gunting rambut yang terdapat di Kampung Igan. Beliau sudah mengusahakan perkhidmatan ini sejak tahun 1994 dengan hanya bermula sebagai tukang gunting kecil-kecilan untuk saudara terdekat sahaja. Namun beliau berusaha menghadiri pelbagai jenis kursus gunting dan andaman rambut sehinggakan beliau mampu membuka kedai gunting sendiri. Pendapatan beliau sebulan dianggarkan sebanyak RM1,200.00.

 

AraAhmad