NAMA : JAMILAH ABDULLAH

 UMUR : 47 TAHUN

 AHLI : 2010

 

Latar belakang

Puan Jamilah merupakan seorang surirumah dan telah memulakan projek penanaman cili secara fertigasi setelah diberi kepercayaan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk memulakan projek tersebut. Kemudian, beliau memulakan langkah untuk membuat sedikit penyelidikan di Pusat Internet Igan untuk memulakan projek fertigasi beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM400 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan dan penyelidikan yang dibimbing oleh PEDi Igan beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan aplikasi Whatsapp yang dapat mempromosikan hasil projek beliau. Pelanggan beliau adalah dari Igan dan diluar Igan yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui media sosial. Kini, beliau merupakan antara pembekal cili padi bara di kawasan Igan dan Mukah. Pendapatan beliau kini adalah sekitar RM800 – RM1000.

JamilahAbdullah