Kampung Igan merupakan perkampungan nelayan yang sangat aktif. Nelayan ataupun menangkap ikan dan hasil laut merupakan aktiviti utama di Kampung Igan. Pelbagai produk hasil laut telah dihasilkan oleh penduduk Kampung Igan. Di Kampung Igan terdapat ramai usahawan kecil dan sederhana yang mengusahakan produk ikan kering dan ikan masin. 

HA Enterprise merupakan salah satu pengusaha produk Ikan Kering yang terdapat di Kampung Igan. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 1996 oleh Puan Rokiah Binti Sudin. Syarikat ini diusahakan oleh keluarga beliau. Syarikat ini menghasilkan produk hasil laut seperti Ikan kering, Ikan Salai, Udang Salai, Udang Masin, Budu dan banyak lagi. Kilang ikan beliau terletak di Kampung Sekerang Igan, 96400 Mukah, Sarawak. Harga pasaran bagi ikan kering yang beliau hasilkan dalah sekitar RM20 ke RM30 untuk sekilo ikan kering.