Tadika Kemas Kampung Tengah Igan adalah salah satu pusat jagaan dan bimbingan kanak-kanak yang terdapat di Kampung Igan. Pusat ini telah beroperasi lebih daripada 20 tahun. Pusat ini banyak memberi manfaat kepada kanak-kanak dan ibu bapa. Terdapat 4 orang tenaga pengajar yang sangat terlatih di dalam pusat ini. Terletak di Kampung Tengah Igan dan mampu menampung seramai 80 orang kanak-kanak. Pusat ini adalah percuma dan tiada sebarang yuran yang dikenakan. Setiap tahun, pusat ini akan mengadakan aktiviti sukaneka yang diadakan di padang sekolah lama.