TARIKH : 17, 18 & 20 MAC 2016 MASA : 8.00 pagi hingga 5.00 petang TEMPAT : PEDi Igan PESERTA : 120 orang GOLONGAN : Semua golongan |
TUJUAN :
Program Hari Bersama Komuniti ini diadakan untuk mempromosikan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia kepada Komuniti. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan satu aplikasi terbaru Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia iaitu Dashboard Komuniti. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai komuniti untuk datang ke Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan.
AKTIVITI :
Pelbagai aktiviti telah diadakan pada Program Bersama Komuniti ini. Antaranya adalah sukaneka Hari keluarga yang melibatkan kanak-kanak dan ibu bapa serta ahli keluarga ahli-ahli PEDi Igan. Pertandingan menaip juga diadakan bagi menarik minat komuniti untuk lebih mengenali komputer dan teknologi. Taklimat mengenai aplikasi Dashboard Komuniti juga turut diadakan.