Salah satu persatuan keselamatan di Kampung Igan adalah Kawasan Rukun Tetangga atau lebih di kenali sebagai KRT. KRT telah ditubuhkan pada tahun 2012 di Kampung Igan. Setiap lima buah Kampung yang terdapat di Kampung Igan mempunyai ahli-ahli yang tersendiri dari setiap Kampung. Penubuhan KRT mempunyai matlamat dan tujuan yang sama untuk setiap kampung.

 

MATLAMAT

Memastikan keamanan di Kampung Igan terpelihara dan penduduk hidup dalam keadaan aman dan tenteram.

 

TUJUAN


• Memastikan kampung bebas daripada ancaman keselamatan seperti pecah rumah, merempit, mencuri dan perjudian.
• Memupuk semangat kejiranan dalam menghadapi sebarang masalah berkaitan keselamatan kampung.
• Menjadi 'mata' dan 'telinga' kerajaan bagi mengekalkan keamanan kampung yang dinikmati kini daripada anasir yang tidak sihat.
• Memberi kesedaran kepada penduduk kampung betapa pentingnya tanggungjawab terhadap keselamatan kampung dan negara.
• Memantau kampung dan mengambil tindakan yang perlu terhadap pesalah yang ditangkap dan disyaki terlibat dalam aktiviti yang mencurigakan.