Terendak adalah sejenis topi atau penutup kepala berbentuk kon dan biasanya dibuat daripada daun nipah, daun rumbia, buluh atau rotan. Bahagian bingkai terendak dianyam dengan batang buluh yang diraut nipis, sehingga menutup keseluruhan permukaannya. Masyarakat dahulu memakainya sebagai penutup kepala daripada hujan dan panas. Kini, terendak dijadikan perhiasan dinding dalam rumah, hotel, restoran dan lapangan terbang berikutan dari rupa bentuknya yang menarik dan penggunaan warna yang ceria.

Terendak Igan merupakan salah satu daripada terendak paling popular di negeri Sarawak selain daripada Terendak Matu. Ini dapat dibuktikan apabila terdapat binaan-binaan di Bandar Mukah yang menggunakan terendak di puncak bangunan utama seperti Menara Pehin Setia, bangunan RECODA, Masjid Setia Raja dan beberapa bangunan lain.

Harga terendak Igan RM 18 saiz besar, RM 12 sederhana dan RM 8 kecil

Klik sini untuk lebih gambar