Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:
- tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
- bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
- sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
- membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
- memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
- membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.
CARTA ORGANISASI KLINIK KESIHATAN KUALA IGAN
PEGAWAI KESIHATAN BAHAGIAN
- DR OSMAN BIN HAJI RAFAIEE
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN YANG MENGUASA U29
- JOSEPH AK NA-UN
KESIHATAN PRIMER
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
- CHARLES TEO MING CONG
PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11
- SEFIAH BINTI WAHAP
KESIHATAN KELUARGA
JURURAWAT TERLATIH U29
- NURFAJRINA BINTI SEBLI
- NORASYIKIN BINTI TARGEK
- LAWIE ANAK JUGOK
JURURAWAT MASYARAKAT U24
- HABIBAH BINTI YAHYA
JURURAWAT MASYARAKAT U19
- NURSULLIANI BINTI MADAUD
PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U12
- DAYANG MERIA BINTI ABANG KAMARUDDIN
KESIHATAN PERSEKITARAN
PEKERJA AWAM R4
- SAMSUDIN BIN KASDI
PEMANDU KENDERAAN R3
- HASHIM BIN ISMAIL
Kesihatan merupakan aspek penting di dalam kehidupan seharian kita. Kerajaan Malaysia telah menyediakan sebuah Klinik Desa di Kampung Igan.
Fungsi utama Klinik Kesihatan adalah :
- Meningkatkan status kesihatan dan kualiti kehidupan masyarakat, ke arah kehidupan yang sihat dan produktif.
- Menyediakan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan komprehensif melalui perkhidmatan promotif, preventif, kuratif dan rehabilitif di setiap peringkat kepada masyarakat.
- Mencegah insidens dan prevalens penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.
- Untuk meningkat dan mengekalkan kesihatan fizikal, mental dan sosial sesebuah keluarga dan masyarakat.
- Mengurangkan kejadian penyakit dan kematian.
- Menggalakkan cara hidup sihat, keadaan tempat kerja yang sihat dan selamat dan persekitaran yang bersih.
- Menguatkuasakan undang-undang kesihatan awam.
MATLAMAT
Mewujudkan sebuah kampung yang sentiasa berada dalam keadaan bersih dan dijauhi dari jangkitan penyakit
TUJUAN
- Memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya menjaga kesihatan diri dan persekitaran.
- Mengekalkan sikap suka tolong menolong
- Memastikan penduduk kampung dalam keadaan sihat dengan mengurangkan risiko jangkitan penyakit melalui pencegahan pada peringkat awal.
- Lawatan dari Jabatan Kesihatan Daerah Mukah ke kampung ini untuk memberi nasihat dengan cara penjagaan dan amalan kesihatan yang baik.