MENARIK DI KAMPUNG IGAN, MUKAH

LOKASI : KAMPUNG IGAN, MUKAH

Kepada pencinta alam yang ingin melihat keindahan waktu senja di perkampungan nelayan, bolehlah berkunjung ke Kampung Igan yang terletak di Bahagian Mukah, Sarawak. Pengunjung akan disajikan dengan pemandangan yang memikat jiwa dan memberikan ketenangan.

 

MAJLIS BERLANGGAR MEJA

Majlis Belanggar Meja ini merupakan acara tradisi penduduk Kampung Igan sejak dari dulu lagi. Majlis ini seolah-olah Majlis Ramah Tamah Aidilfitri bagi sesbuah kampung tersebut dengan menyediakan pelbagai juadah hari raya di atas jalan kampung dan menjemput kaum lelaki dari kampung bersebelahan untuk menjamu selera. Selain makan-makan, acara ini dimulakan dengan kata-kata aluan menerima kunjungan dari penduduk kampung Baru Ismail, Kampung Tengah, Kampung Pulau dan Kampung Sekerang Igan. Walaupun begitu, ada juga jemputan yang hadir dari Oya, Dalat, Matu, Daro dan sebagainya. Kemudian, bacaan tahlil dan doa selamat. Bacaan ayat suci al-quran pun diperdengarkan dan dibaca oleh pelajar sekolah rendah yang terpilih.