NAMA : NURUL NADIRAH ROSLAN

 UMUR : 29 TAHUN

 AHLI : 2010

 

Latar belakang

Cik Nurul Nadirah merupakan seorang usahawan menjual barangan kosmetik secara atas talian. Beliau telah memulakan usaha perniagaan online ini sejak tahun 2019 lagi. Beliau juga melakukan merupakan belia yang sangat aktif melibatkan diri dalam pelbagai aktivti yang di adakan di PEDi Igan. Beliau sering menghabiskan masa di PEDi Igan kerana PEDi Igan menyediakan perkhidmatan yang sangat diperlukan oleh beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM500 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Igan beliau kini telah memiliki facebook, aplikasi Whatsapp Business dan aplikasi jualan atas talian (shopee) yang dapat mempromosikan jualan beliau. Pelanggan beliau terdiri dari Igan dan diluar kawasan Igan. Beliau turut berminat untuk mempelajari cara pengiklanan dan ‘boosting ads’ di facebook dan juga menggunakan platform Yezza. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM2500.

DSCN14671

 

 

 NAMA : ARASH NUKMAN BIN ABDULLAH

 UMUR : 11 TAHUN

 AHLI : 2017

 

Latar belakang

Adik Arash merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang bijak. Di masa lapang, adik Arash akan mengikuti latihan ICT di PEDi Igan dengan sokongan dari ibu beliau sendiri. Adik Arash akan hadir ke PEDi Igan untuk menghadiri kelas dan kuiz ICT yang disediakan oleh petugas. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adik Arash tidak mahir dalam penggunaan komputer dan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui latihan yang diadakan dan disediakan di PEDi Igan, Adik Arash kini lebih mahir menggunakan komputer dan juga internet dalam mencari maklumat yang diperlukan. Kuiz-kuiz ICT yang disediakan oleh PEDi Igan juga sering dihadiri oleh Adik Arash samada dari rumah atau diadakan di PEDi Igan. Adik Arash juga sering ke PEDi Igan untuk bermain permainan atas talian yang berkaitan dengan pendidikan hasil pendedahan petugas PEDi mengenai beberapa laman web pendidikan.

344746571 1576998919459657 2794022721186293471 n

 

 NAMA : MOHD IHTISYAM ARIFFIN BIN NORAFRIN

 UMUR : 11 TAHUN

 AHLI : 2018

 

Latar belakang

Adik Ihtisyam merupakan seorang pelajar sekolah yang aktif. Semasa masa lapang, adik Ihtisyam dan rakan-rakannya akan mengikuti latihan ICT dan pelbagai program di PEDi Igan. Adik Ihtisyam juga rajin bertanya sekiranya kurang faham tentang penggunaan komputer.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adik Ihtisyam tidak mahir dalam penggunaan komputer dan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui latihan yang diadakan di PEDi Igan, Adik Ihtisyam kini lebih mahir menggunakan internet terutamanya apabila menyertai pertandingan kuiz atas talian. Beliau kini juga lebih mahir menggunakan Microsoft Office (Word). Penggunaan Google Classroom dan juga aplikasi Google Meet juga berjaya dikuasai.

 IsamCelikIT

 

 NAMA : NURUL DAMIA FATHIAH

 UMUR : 8 TAHUN

 AHLI : 2021

 

Latar belakang

Adik Damia merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang bijak. Di masa lapang, adik Damia akan mengikuti latihan ICT di PEDi Igan dengan sokongan dari ibu beliau sendiri. Adik Damia akan hadir ke PEDi Igan untuk menghadiri kelas dan kuiz ICT yang disediakan oleh petugas.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adik Damia tidak mahir dalam penggunaan komputer dan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui latihan yang diadakan dan disediakan di PEDi Igan, Adik Damia kini lebih mahir menggunakan komputer dan juga internet dalam mencari maklumat yang diperlukan. Kuiz-kuiz ICT yang disediakan oleh PEDi Igan juga sering dihadiri oleh Adik Damia samada dari rumah atau diadakan di PEDi Igan.

DamiaSS

 NAMA : HAMZAH BIN DONG

 UMUR : 70 TAHUN

 AHLI : 2014

 

Latar belakang

En Hamzah merupakan seorang pesara guru yang aktif. Semasa masa lapang, Encik Hamzah akan mengikuti latihan ICT dan pelbagai program di PEDi Igan supaya tidak ketinggalan dengan arus pemodenan terutamanya teknologi ICT. Beliau juga merupakan seorang Kaunselor yang bijak menggunakan masa beliau untuk mencari ilmu ICT di PEDi Igan dengan bantuan petugas PEDi Igan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Encik Hamzah tidak mahir dalam penggunaan komputer dan juga peranti moden masa kini. Kekangan seperti kurang mahir dengan penggunaan komputer menyebabkan kesukaran beliau untuk menyelesaikan kerja-kerja penting.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Melalui latihan yang diadakan di PEDi Igan, Encik Hamzah kini lebih mahir menggunakan komputer dan penggunaan internet dalam mencari maklumat yang diperlukan dan juga menyelesaikan kerja-kerja penting seorang kaunselor. Kemahiran beliau menggunakan komputer juga dibantu secara berterusan oleh petugas PEDi dari masa ke semasa.

HamzahDong