Kampung Igan juga telah disediakan kemudahan telekomunikasi. Sejak tahun 1996, Telekom Malaysia telah membekalkan kemudahan komunikasi iaitu talian tetap di Kampung Igan. Seiring dengan pembangunan masa kini, sejak tahun 2000 Kampung Igan telah dibekalkan dengan talian untuk telefon bimbit dari pelbagai telco seperti  Celcom, Digi, Maxiz, Onexox dan lain-lain lagi.

 

tower

 

Terdapat beberapa kemudahan asas yang telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk kemudahan dan keselesaan penduduk Daerah Kecil Igan. Antaranya ialah tandas awam, kemudahan jalan raya, surau, masjid, pentas, padang untuk bermain bola sepak, gelanggang sepak takraw, dewan serbaguna dan lain-lain lagi.

Perjalanan ke Kampung Igan mengambil masa selama 3 hingga 4 jam sekiranya melalui jalan darat. Sekiranya menggunakan bot express, perjalanan ke Kampung Igan mengambil masa selama 5 jam dari Sibu menuju ke jeti Igan.

Jalan Raya - Pengangkutan darat

 

Bot Express - Pengangkutan laut

 

Terdapat sebuah pejabat daearh yang terletak di Kampung Igan iaitu Pejabat Daerah Kecil Igan. Pejabat ini di bawah pentadbiran Penolong Pegawai Daerah iaitu Puan Noorkasmawati Binti Kassim. Terdapat dua orang pembantu yang bertugas iaitu Encik Sarbi Bin Seman dan Encik Nahar Bin Seman. Sebelum ini, pejabat ini di bawah pentadbiran En Juhairi Bin Bujang. Pejabat Daerah Kecil Igan yang baru terletak di Kampung Sekerang Igan. Sebelum ini, pejabat ini terletak di Kampung Tengah Igan iaitu di bangunan PiK Igan.


Alamat : Pejabat Daerah Kecil Igan, 96400 Mukah.
Tel/Faks : 084-840307 / 084-840308

 

 

FUNGSI DAN PERANAN PEJABAT DAERAH KECIL

 

1. PEMBANGUNAN

- Menyelaras program/projek pembasmian kemiskinan.
- Mengurus penyediaan dan pelaksanaan projek-projek kecil luar bandar.
- Mengurus pelaksanaan peruntukan ADUN dan AHLI PARLIMEN

 

2. PENTADBIRAN DAN PERSONAL

- Menyiasat dan menjawab aduan-aduan awam.
- Menyelesai atau menyalurkan aduan aduan awam kepada agensi berkenaan.
- Mengurus hal ehwal perkhidmatan dan kebajikan kakitangan.

 

3. PENTADBIRAN LUAR BANDAR DAN MAHKAMAH ANAK NEGERI

- Menyelaras penubuhan JKKK/JKDB.
- Menyelaras perlantikan Ketua Daerah/Ketua Anak Negeri/Wakil Ketua Anak Negeri/Ketua Kampung

 

4. PROTOKOL

- Urusetia program-program rasmi di daerah.
- Menyelaras lawatan-lawatan rasmi orang kenamaan/pegawai kanan kerajaan.

Sumber : Pejabat Daerah Kecil Igan

Kemudahan asas yang terdapat di Kampung Igan merangkumi kemudahan pengangkutan, kemudahan jalan raya, kemudahan awam seperti bekalan elektrik dan air, telekomunikasi dan khidmat keselamatan. 

 

Penyediaan pelbagai kemudahan awam dan sosial umumnya telah disediakan lebih awal di sesebuah kawasan terutamanya di bandar-bandar baru yang diwujudkan. Usaha untuk mempertingkatkan kemudahan awam ini sentiasa diteruskan selaras dengan perkembangan penduduk yang semakin bertambah.