Umai adalah antara makanan tradisional Melanau Sarawak. Umai juga turut menjadi makanan tradisi penduduk Kampung Igan. Terdapat pelbagai jenis umai yang dihasilkan  oleh penduduk Kampung Igan seperti Umai Ikan Pirang, Umai Obor-obor, Umai Udang, Umai Bubok (Udang Kecil), Umai Ikan Yu dan pelbagai jenis ikan lagi yang bersesuaian. Terdapat 2 jenis umai iaitu jenis Umai Campur dan Umai Cicah. Umai campur adalah ikan/udang/obor-obor yang digaul bersama bahan-bahan perasa. Manakala umai cicah adalah ikan/udang/obor-obor yang tidak digaul sekali iaitu diasingkan dari bahan perasa. Ia dimakan secara mencicah Umai ke dalam pencicah yang diasingkan.

Umai disediakan dengan bahan utamanya iaitu ikan segar (Mentah). Bahan-bahan lain seperti cili, bawang, halia, limau, belacan dan pelbagai bahan lain yang bersesuaian mengikut citarasa. Ikan mentah dibersihkan dan diambil isinya dan diperap bersama air limau kasturi dan garam. Kemudian dimasukkan bawang, cili, halia, belacan dan gaul sebati. Umai boleh dimakan sejurus selepas dihidangkan dan lebih sedap dimakan setelah sejuk (Disimpan di dalam peti sejuk sebelum dimakan).

Umai Ikan Pirang

 

Umai Obor-Obor

 

Umai Udang

 

Ikan Pirang

Bahan-bahan Umai