PEMBEKAL DAN USAHAWAN PROJEK PENANAMAN CILI SECARA FERTIGASI
NAMA : JAMILAH ABDULLAH UMUR : 47 TAHUN AHLI : 2010 |
Latar belakang
Puan Jamilah merupakan seorang surirumah dan telah memulakan projek penanaman cili secara fertigasi setelah diberi kepercayaan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk memulakan projek tersebut. Kemudian, beliau memulakan langkah untuk membuat sedikit penyelidikan di Pusat Internet Igan untuk memulakan projek fertigasi beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM400 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan keusahawanan dan penyelidikan yang dibimbing oleh Pusat Internet Igan beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan aplikasi Whatsapp yang dapat mempromosikan hasil projek beliau. Pelanggan beliau adalah dari Igan dan diluar Igan yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui media sosial. Kini, beliau merupakan antara pembekal cili padi bara di kawasan Igan dan Mukah. Pendapatan beliau kini adalah sekitar RM800 – RM1000.
Belia di Kampung Igan juga terlibat dalam aktiviti usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
Nama usahawan : ARA BINTI AHMAD
Bidang yang diusahakan : Perkhidmatan gunting rambut
Alamat pengusahaan : Kampung Sekerang Igan, 96400 Mukah, Sarawak.
Beliau merupakan salah seorang usahawan dalam bidang gunting rambut yang terdapat di Kampung Igan. Beliau sudah mengusahakan perkhidmatan ini sejak tahun 1994 dengan hanya bermula sebagai tukang gunting kecil-kecilan untuk saudara terdekat sahaja. Namun beliau berusaha menghadiri pelbagai jenis kursus gunting dan andaman rambut sehinggakan beliau mampu membuka kedai gunting sendiri. Pendapatan beliau sebulan dianggarkan sebanyak RM1,200.00.
Belia di Kampung Igan juga terlibat dalam aktiviti usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
Nama usahawan : LIZAWATI BINTI JAKARIA
Bidang yang diusahakan : Perkhidmatan jahitan
Alamat pengusahaan : Kampung Sekerang Igan, 96400 Mukah, Sarawak.
Beliau merupakan salah seorang usahawan dalam bidang jahitan yang terdapat di Kampung Igan. Beliau pernah menghadiri pelbagai kursus jahitan yang dianjurkan oleh pihak MARA, TEKUN dan banyak lagi. Beliau menerima pelbagai jenis tempahan menjahit seperti baju kurung, baju melayu, pelbagai jenis baju berfesyen, jahitan kusyen dan banyak lagi.
http://igan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan/keusahawanan#sigFreeIdf617f2e504