Daerah Kecil Igan terletak di Bahagian Mukah sinonim dengan jolokan Kampung Nelayan. Kampung Igan, salah sebuah perkampungan Melanau yang terletak berhampiran dengan penghujung Sungai Rejang. Perjalanan ke Kampung Igan mengambil masa selama 3 hingga 4 jam sekiranya melalui jalan darat. Sekiranya menggunakan bot express, perjalanan ke Kampung Igan mengambil masa selama 5 jam dari Sibu menuju ke jeti Igan. Segelintir penduduk di Kampung Igan bekerja di jabatan kerajaan dana sektor swasta. Bagaimanapun, kebanyakan penduduk kampung bekerja sendiri. Kebanyakan mereka melibatkan diri dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) seperti menjual ikan masin, serunding ikan, belacan, keropok ikan, penanaman kelapa sawit, penanaman pokok getah, kraftangan dan lain-lain lagi. Hasil industri ini juga dipasarkan secara komersial hingga ke Bandaraya Kuching.

Kampung Igan terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kecil Igan. Daerah Kecil Igan terletak di muara Sungai Batang Igan. Daerah ini telah dinaiktarafkan sebagai Daerah Kecil pada tahun 1992 dengan keluasan 244.58 kilometer persegi. Sebelum tahun 2002, daerah ini terletak di bawah naungan bahagian Sibu. Pada 1 Mac 2002, daerah ini dengan rasminya terletak di bawah naungan dan pentadbiran bahagian Mukah dan Daerah Matu.

Kampung Igan terletak di Bahagian Mukah yang sinonim dengan jolokan Kampung Nelayan. Kampung Igan, salah sebuah perkampungan Melanau yang terletak berhampiran dengan penghujung Sungai Rejang. Perjalanan ke Kampung Igan mengambil masa selama 3 hingga 4 jam sekiranya melalui jalan darat. Sekiranya menggunakan bot express, perjalanan ke Kampung Igan mengambil masa selama 5 jam dari Sibu menuju ke jeti Igan.

Segelintir penduduk di Kampung Igan bekerja di jabatan kerajaan dana sektor swasta. Bagaimanapun, kebanyakan penduduk kampung bekerja sendiri. Kebanyakan mereka melibatkan diri dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) seperti menjual ikan masin, serunding ikan, belacan, keropok ikan, penanaman kelapa sawit, penanaman pokok getah, kraftangan dan lain-lain lagi. Hasil industri ini juga dipasarkan secara komersial hingga ke Bandaraya Kuching.

Sehingga kini, Kampung Igan merangkumi lima buah rangkaian kampung terdekat yang terdiri daripada Kampung Sekerang, Kampung Tengah, Kampung Pulau, Kampung Baru Ismail dan Kampung Baru Dagang Igan.