Persatuan Belia Kampung Igan telah menyertai Pertandingan Senam Aerobik dan Makanan Sihat pada Majlis Konvensyen Kospen 2017 yang telah diadakan pada 23 hingga 25 November 2017 yang lepas. Majlis tersebut telah diadakan di Kingwood Resort Mukah. Persatuan Belia Kampung Igan telah mendapat JOHAN bagi kedua-dua kategori yang disertai iaitu Pertandingan Senam Aerobik dan Makanan Sihat. Tahniah diucapkan atas kejayaan cemerlang belia-belia Kampung Igan.

Belia Kampung Igan juga sangat aktif dalam sukan Sepak Takraw.

Terdapat beberapa persatuan yang ditubuhkan melibatkan golongan belia di Kampung Igan iaitu Persatuan Belia Kampung Igan, Kumpulan Hadrah Kampung Igan dan lain-lain lagi. Persatuan-persatuan ini adalah antara persatuan belia yang paling aktif di Kampung Igan. Pelbagai aktiviti yang diadakan dan disertai oleh mereka sepanjang tahun.

JAWATANKUASA PERSATUAN BELIA KAMPUNG IGAN

Pengerusi: Rasdi b Yakob

Timb Pengerusi 1: Mohd Safry B Perseh

Timb Pengerusi 2: Khaty Bt Rafiee

Setiusaha: Norlela Bt Ahmad

Bendahari: Mohd Syukri B Junaidi

MATLAMAT

Menghasilkan belia yang bermutu dan mampu merancang dengan teratur dan baik untuk setiap aktiviti dan kehidupan.

 

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

  1. Aktif menganjurkan pertandingan kepada belia. Cth: Pertandingan badminton, futsal dan sepak takraw.
  2. Aktif mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh pelbagai pihak. Cth: gotong- royong membersih surau, masjid dan tanah perkuburan.
  3. Menjadi penganjur kepada kelas mengaji bagi golongan mualaf.

 

FOKUS UTAMA

  1. Menjadi contoh dan peneraju belia di peringkat kampung.
  2. Merancang dan menjalankan aktiviti yang bermanfaat khas untuk para belia di Kampung Igan