Pada setiap tahun, penduduk Kampung Igan akan menjual udang atau lebih dikenali sebagai "payak" dengan harga yang sangat murah. Ia juga bergantung dengan rezeki yang nelayan perolehi. Setakat ini, pada musim "payak" harga termurah bagi "payak" adalah 5 kilogram dijual dengan harga RM10.00 sahaja. Selain itu, harga biasa pada musim "payak" adalah 3 atau 4 kilogram dijual dengan harga RM10.00. Pada musim biasa iaitu bukan musim "payak", harga bagi sekilo "payak" adalah RM8.00 ke RM10.00. Terdapat juga "payak lilin" dan "payak ukap" yang dijual pada harga yang sangat murah iaitu sekitar RM7.00 ke RM12.00 sekilo.
PAYAK LILIN
PAYAK MERAH (BRUIT)
PAYAK HARIMUAU (UKAP)
Salah satu produk yang dihasilkan di Kampung Igan adalah berasaskan hasil laut seperti ikan, udang, sotong dan sebagainya. Antara produk yang terkenal di Kampung Igan adalah Ikan Kering (Masin), Keropok Udang, Keropok Ikan, Sotong Kering dan banyak lagi.
Keropok Udang dan Ikan
Ikan Kering
Umai adalah antara makanan tradisional Melanau Sarawak. Umai juga turut menjadi makanan tradisi penduduk Kampung Igan. Terdapat pelbagai jenis umai yang dihasilkan oleh penduduk Kampung Igan seperti Umai Ikan Pirang, Umai Obor-obor, Umai Udang, Umai Bubok (Udang Kecil), Umai Ikan Yu dan pelbagai jenis ikan lagi yang bersesuaian. Terdapat 2 jenis umai iaitu jenis Umai Campur dan Umai Cicah. Umai campur adalah ikan/udang/obor-obor yang digaul bersama bahan-bahan perasa. Manakala umai cicah adalah ikan/udang/obor-obor yang tidak digaul sekali iaitu diasingkan dari bahan perasa. Ia dimakan secara mencicah Umai ke dalam pencicah yang diasingkan.
Umai disediakan dengan bahan utamanya iaitu ikan segar (Mentah). Bahan-bahan lain seperti cili, bawang, halia, limau, belacan dan pelbagai bahan lain yang bersesuaian mengikut citarasa. Ikan mentah dibersihkan dan diambil isinya dan diperap bersama air limau kasturi dan garam. Kemudian dimasukkan bawang, cili, halia, belacan dan gaul sebati. Umai boleh dimakan sejurus selepas dihidangkan dan lebih sedap dimakan setelah sejuk (Disimpan di dalam peti sejuk sebelum dimakan).
Umai Ikan Pirang
Umai Obor-Obor
Umai Udang
Ikan Pirang
Bahan-bahan Umai