STATISTIK KEAHLIAN, PENGGUNA DAN PELAJAR DILATIH DI PEDi IGAN

TAHUN

KEAHLIAN

PENGGUNA

PELAJAR DILATIH

2009

240

2,244

230

2010

805

13,009

2,101

2011

45

11,261

1,476

2012

296

9,092

967

2013

87

6,083

423

2014

180

3,410

616

2015

11

0

1,517

2016

95

13,342

2,093

2017

76

16,162

1,084

2018

63

13,652

835

2019

71

8,937

488

2020

2

3,212

939

2021

5

1,890

1,151

2022

14

617

580

2023

52

5,176

1,083

JUMLAH

2,042

108,087

15,583

 

Statistik keahlian, pengguna dan pelajar dilatih di PEDi Igan bermula dari 01 November 2009 sehingga November 2023

 

BAYARAN PERKHIDMATAN

PEKHIDMATAN

AHLI

BUKAN AHLI

Penggunaan Internet

RM1.00 Sejam

RM 2.00 Sejam

Mencetak Dokumen

RM0. 20 /MS (tulisan sahaja)

RM 0.20 /MS (tulisan & gambar)

RM 0.30/MS (tulisan sahaja)

RM 0.30/MS (tulisan & gambar)

Mencetak Dokumen (Bewarna)

RM 0. 50 /MS (tulisan – 50%)

RM 1.50 /MS   (tulisan – 100%)

RM 2.00 /MS (tulisan & gambar)

RM 1.00/MS (tulisan – 50%)

RM 2.00 /MS   (tulisan – 100%)

RM 2.50 /MS (tulisan & gambar)

Photocopy (B/W)

RM 0. 20 /MS (depan sahaja)

RM 0.20 /MS (depan & belakang)

RM 0. 20 /MS (depan sahaja)

RM 0.40 /MS (depan & belakang)

Laminating

RM1.50 /HELAI (A4)

RM 2.50 /HELAI (A4)

Binding

RM3.00/JILID (A4)

RM 3.50/JILID (A4)

Perkhidmatan menaip

RM0.50/MS (tulisan-50%)

RM1.00/MS(tulisan-100%)

RM1.00/MS (tulisan-50%)

RM1.50/MS(tulisan-100%)

Sewa Bilik Latihan

RM10/jam

RM20/jam

Latihan Asas ICT

Percuma

RM3.00

 

Pendaftaran Keahlian PEDi

- Keahlian PEDi terbuka kepada semua peringkat usia.

- Bayaran RM 5.00 akan dikenakan untuk keahlian seumur hidup

- Keistimewaan untuk ahli PEDi ialah:

Promosi untuk penggunaan internet secara percuma 1 jam selama 90 hari dari hari berdaftar

Selepas tamat tempoh promosi ahli hanya dikenakan RM 1.00 untuk 1 jam penggunaan internet berbanding dengan bukan ahli sebanyak RM2.00 untuk penggunaan 1 jam.

 

Terdapat 2 jenis perkhidmatan yang telah disediakan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Igan:

(a) Perkhidmatan percuma:

- Pengenalan asas komputer

- Kelas Microsoft Office

- Kelas Asas internet

- Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)

- WIFI

- Pelbagai Latihan dan bengkel ICT(atas permintaan komuniti)

- Latihan Keusahawanan

 

(b) Perkhidmatan berbayar:

- Pendaftaran sebagai ahli PEDi

- Cetakan

- Fotostat

- Binding

- Laminate

- Scanning

- Latihan dan kelas ICT dengan kerjasama ICT Cambridge dan Intel Learning Centre

- E-tuisyen

- Sewaan Booth (Box) Jualan

- Sewaan penggunaan Bilik Latihan

- e-Services

- Format PC, Laptop dan Telefon pintar

- Pembayaran Bil-bil Utiliti

 

Visi

Menjadikan Pusat Ekonomi Digital Igan sebagai sebuah pusat ilmu kepada komuniti setempat.

 

Misi

- Memberikan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat di dalam proses penyebaran maklumat digital.

- Pusat yang mengeratkan silaturahim masyarakat dengan memperbanyakkan program kemasyarakatan sekaligus berusaha meningkatan sumber pendapatan organisasi.

 

OBJEKTIF PEDi

- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer & internet.

- Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PEDi.

- Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

- Meningkatkan kadar penembusan lajur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

PedI Igan mula beroperasi pada 01 November 2009 menggunakan premis milik Pejabat Daerah Kecil Igan. Bangunan ini adalah pejabat lama bagi Pejabat Daerah Kecil Igan yang kini telah berpindah ke bangunan baru terletak di Kampung Sekerang Igan. Keluasan bangunan PEDi Igan ialah 1046.50 kaki persegi. Namun begitu, pada 07 September 2014 bangunan PEDi Igan telah diubahsuai dan dinaiktaraf setanding dan selaras dengan semua PEDi yang terdapat di seluruh Malaysia. Waktu operasi PEDi Igan ialah seperti berikut :

 

HARI

PAGI

PETANG

ISNIN

8.00 Pg – 1.00 Tgh Hari

2.00 Ptg – 5.00 Ptg

SELASA

8.00 Pg – 1.00 Tgh Hari

2.00 Ptg – 5.00 Ptg

RABU

8.00 Pg – 1.00 Tgh Hari

2.00 Ptg – 5.00 Ptg

KHAMIS

8.00 Pg – 1.00 Tgh Hari

2.00 Ptg – 5.00 Ptg

JUMAAT

8.00 Pg – 11.45 pg

2.00 Ptg – 5.00 Ptg

SABTU

8.00 Pg – 1.00 Tgh Hari

2.00 Ptg – 5.00 Ptg

AHAD

8.00 Pg – 1.00 Tgh Hari

2.00 Ptg – 5.00 Ptg

Setiap 8.00 pg – 9.00 pg masa untuk pembersihan PEDi

Setiap 4.30 ptg – 5.00 ptg masa untuk mengemaskini akaun, laporan dan pengemasan semula PEDi

*Beroperasi pada setiap hari kecuali cuti Umum

 

 

Pusat Ekonomi Digital Igan telah mula beroperasi dengan sepenuhnya pada 01 November 2009. Seramai 1,977 orang ahli telah berdaftar di Pusat Ekonomi Digital Igan (PEDi Igan) sehingga Mei 2022. Ahli-ahli tersebut terdiri daripada kanak-kanak 5 tahun sehingga warga emas yang berumur 90 tahun. Sambutan dari penduduk Kampung Igan dan kampung-kampung sekitarnya sangatlah menggalakkan. 

Pusat Ekonomi Digital Igan terletak di Kampung Tengah Igan iaitu di Bangunan Lama Pejabat Daerah Igan. Pusat Ekonomi Digital Igan telah melalui proses naiktaraf pada tahun 2015 dan mula beroperasi sepenuhnya semula bermula pada Februari 2016 sehingga sekarang. 

Pusat Ekonomi Digital bukan sahaja membantu merapatkan jurang digital diantara masyarakat bandar dan luar bandar bahkan merupakan satu landasan untuk masyarakat mengubah cara hidup ekonomi mereka dengan menggunakan peralatan berteknologi terkini untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Seiring dengan saranan perdana menteri yang mahu penduduk masyarakat luar bandar dapat merasai kemudahan yang ada pada setiap bandar atau pekan, Pusat Ekonomi Digital merupakan satu pusat yang strategik untuk menyatukan perpaduan penduduk setempat dan secara tidak langsung mereka akan mendapat faedah daripada sumbangan yang telah diberikan sepertimana penggunaan komputer serta akses kepada dunia luar melalui penggunaan jalur lebar.

Pada dunia sekarang yang maju serta canggih, penduduk-penduduk yang berada di luar bandar atau di pedalaman dapat merasai apa yang berlaku di seluruh dunia hanya mengakses jalur lebar atau lebih dikenali sebagai Internet.

Para peniaga atau usahawan secara amnya dapat memasarkan produk mereka kepada masyarakat luar bandar dan pedalaman secara tidak langsung dapat menjimatkan kos-kos perbelanjaan yang mahal untuk sampai ke tempat tersebut, bahkan bukan itu sahaja, para usahawan atau peniaga luar bandar dapat menjual atau memperkenalkan produk mereka ke dunia luar melalui Pusat Ekonomi Digital.

Di harap dengan adanya Pusat Ekonomi Digital Igan dapat membantu penduduk setempat memajukan diri mereka dan seterusnya meningkatkan taraf hidup masyarakat. Hal ini kerana penubuhan PEDi di Kampung Igan bukan saja untuk mengurang jurang IT masyarakat luar bandar akan tercapai, malah diharapkan mencapai lebih daripada itu.

Dengan kemudahan yang lengkap, program-program yang bakal dilaksanakan dan sebagainya, diharap dapat membantu masyarakat setempat. Pada masa yang sama komuniti dapat menunjukkan keberkesanan diatas kewujudan PEDi dan mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari melalui program yang dilaksanakan oleh pihak PEDi.