TARIKH : 15 hingga 27 April 2016

MASA : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

TEMPAT :  MRSM MUKAH (15/4/2016), SMK MUKAH (19/4/2016), SMK DALAT (20/4/2016), SMK OYA (21/4/2016), SMK AGAMA IGAN (21/4/2016), SMK THREE RIVERS (25/4/2016), GiatMARA SELANGAU (27/4/2016)

PESERTA : 1,010 orang

GOLONGAN : Pelajar sekolah menengah & belia

 

TUJUAN : 

Program Jelajah Klik Dengan Bijak (KDB) ini merupakan salah satu program kesedaran tentang keselamatan dan melayari dunia teknologi maklumat. Ia juga merupakan program mesra kepada komuniti bagi memupuk sikap positif penggunaan internet oleh pengguna serta merapatkan lagi jurang komuniti. Diharap dengan adanya program Jelajah KDB ini akan dapat mengurangkan masalah sosial dan melahirkan modal insan yang baik pada masa hadapan. Objektif program ini diadakan adalah :

1. Memupuk penggunaan internet secara positif kepada pengguna

2. Memberi pendedahan kepada masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia

3. Mempromosikan Pertandingan Video Pendek KDB (KDB Funniest Video).

4. Mendedahkan budaya melayari internet yang berhemah, bertanggungjawab dan selamat.

5. Memperkenalkan pusat internet kepada para belia, sekolah, remaja dan komuniti dengan lebih dekat.

 

AKTIVTI :

1. CERAMAH KLIK DENGAN BIJAK

- Ceramah ini diadakan bertujuan memberikan pendedahan berkenaan ancaman alam siber semasa dan perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa melayari internet.

- Ceramah disampaikan secara bergilir-gilir dan berjadual dalam kalangan petugas PiK Zon Mukah

2. TAKLIMAT DAN BENGKEL PERTANDINGAN VIDEO PENDEK KDB 15 SAAT

- Para peserta diberi penerangan tentang cara-cara menyertai pertandingan ini dan seterusnya memberikan mereka galakan untuk menyertai pertandingan ini.

 

Pada hari Khamis, 21 April 2016 yang lepas, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Igan beserta seluruh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Bahagian Mukah (Oya, Dalat, Medong, Judan, Balingian, Jebungan, Sg Ragei) telah mengadakan Program Jelajah KDB di SMK Agama Igan. Seramai 205 orang peserta telah menyertai program tersebut. Untuk bahagian Mukah, kesemua 8 buah PEDi telah bergabung tenaga dan bekerjasama menjayakan program Jelajah KDB ini.

Berikut merupakan jadual Program Jelajah KDB Bahagian Mukah untuk tahun 2016.

BIL NAMA Pi1M TARIKH NAMA SEKOLAH BIL PESERTA
1 PEDi JEBUNGAN 15 APRIL 2016 MRSM MUKAH 118 orang
2 PEDi SG RAGEI 19 APRIL 2016 SMK MUKAH 33 orang
3 PEDi DALAT & MEDONG 20 APRIL 2016 SMK DALAT 400 orang
4 PEDi JUDAN 20 APRIL 2016 SMK THREE RIVERS 200 orang
5 PEDi IGAN 21 APRIL 2016 SMK AGAMA IGAN 205 orang
6

PEDi KUALA HILIR OYA

& BALINGIAN

21 APRIL 2016 SMK OYA 200 orang
7 PEDi JEBUNGAN 22 & 23 APRIL 2016 PEDi JEBUNGAN 35 orang

 

smkai1

Klik Sini Untuk Lihat Gambar