Program Lawatan Sambil Belajar dan Klik Dengan Bijak ini diadakan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Judan dengan kerjasama beberapa buah Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia bahagian Mukah. Seramai 31 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah telah menyertai lawatan tersebut. Objektif lawatan tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang internet, keselamatan internet dan keusahawan atas talian (online).