Pada 13 Jun 2015, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Igan dengan kerjasama JKKK Kampung Sekerang Igan telah mengadakan satu program pengurusan dan penjagaan kampung iaitu Program Mentor Menti yang melibatkan 5 buah kampung sekitar Kampung Sekerang Igan iaitu Kampung Pulau Igan, Kampung Pergau Matu, Kampung Sekaan Matu, Kampung Saai Daro dan Kampung Tebaang Daro. Program ini adalah anjuran bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), JKKK Kampung Sekerang Igan dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Igan.
Tujuan program ini adalah untuk mendedahkan kepada kampung-kampung sekitar Kampung Sekerang Igan tentang kaedah dan cara yang betul untuk pengurusan di Pusat Sumber JKKK kampung. Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Igan pula mendedahkan tentang kepentingan teknologi maklumat kepada komuniti dan kaedah yang betul semasa menggunakan teknologi maklumat. Pelbagai aktiviti juga diadakan seperti ceramah KDB, Usahawan atas talian, asas teknologi maklumat, asas microsoft office, pengurusan pemfailan, pengurusan kewangan dan pelbagai lagi pendedahan tentang pengurusan sesebuah komuniti. Seramai 60 orang penduduk dari kelima-lima buah kampung telah turut serta mengikuti program tersebut.
Program Mentor Menti