Kampung Igan dikurniakan tanah subur yang sesuai untuk aktiviti pertanian. Sebahagian daripada keseluruhan kawasan kampung digunakan untuk kegiatan ini. Sebahagian besar penduduk Kampung Igan ini menjadikan pekerjaan petani sebagai pekerjaan sampingan dan sebahagian kecil menjadikan pekerjaan petani sebagai pekerjaan utama. Justeru tidak hairanlah pertanian sebagai sumber penyumbang utama kepada pendapatan penduduk kampung ini. 

Terdapat pelbagai tanaman yang diusahakan oleh penduduk kampung samada secara besar-besaran atau kecil-kecilan seperti perladangan kelapa sawit, tanaman pokok getah, tanaman pokok jagung, tanaman tembikai, tanaman pisang, tanaman kelapa dan pelbagai jenis tanaman kecil-kecilan.