Diharap kita semua dapat sentiasa mematuhi SOP dan mengamalkan saranan KKM - Elakkan 3S/3C & Amalkan 3W.

KKM

 

 

2x pertandingan usahawan baru online2x

Syarat-syarat pertandingan
i. Mempunyai produk jualan dan belum ada akaun jualan dalam talian (Barangan Larangan tidak dibenarkan)
ii. Ahli Pusat Internet kelolaan TM/MSD dan Warganegara Malaysia
iii. Berumur 18 tahun dan ke atas
iv. Wajib mengisi Borang Penyertaan dan mengikuti kelas dan bengkel yang ditetapkan (Shopee atau Lazada)
v. Perlu menyertakan Invois dan rekod Jualan bulanan (Cetak dari Platform yang digunakan) kepada Petugas untuk dihantar bersama Laporan Akhir
vi. Pemenang akan dipilih berdasarkan peratus keuntungan dan Jumlah jualan. Hanya peserta yang mempunyai jualan sekurang kurangnya 30% dan ke atas dalam tempoh pertandingan sahaja akan diambil kira untuk penentuan pemenang tanpa mengira bulan dalam tempoh pertandingan.
vii. Petugas Pusat Internet dan pasangan, adik beradik sendiri dan pasangan, ibu bapa sendiri dan pasangan adalah dilarang menyertai pertandingan.

 

Tajuk : Kepentingan Pusat Internet kepada Masyarakat
contoh tajuk : Perniagaanku maju Dengan Pusat Internet (Kedah)
 
Video perlu diemelkan ke emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. , beserta nama, No ic dan lokasi Pusat Internet  tempat anda
 
Tarikh Tutup : 25 Oktober 2019
Tarikh Tutup Pengundian top 10 : 25 Nov 2019
Tarikh Pengumuman Pemenang : Disember 2019
 
*pemenang tempat pertama, tempat kedua, tempat ketiga dan 5 saguhati adalah untuk setiap negeri
 
PosterVideo
 

Selamat datang diucapkan kepada anda yang sudi melawat portal rasmi PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA IGAN (PEDi IGAN).

Sub-kategori

Wanita adalah golongan istimewa dan memainkan peranan yang besar dalam masyarakat. Berkebolehan melaksanakan dwi-kerja seperti memikul tanggungjawab sebagai isteri, ibu dan juga pekerja. Wanita adalah makhluk Allah yang istimewa, mempunyai sifat yang unik berbanding lelaki. Namun wanita mempunyai peranan yang penting di kalangan masyarakat, keluarga dan negara. Tanpa wanita, kehidupan seharian tidak dapat dilaksanakan seperti sedia kala. Hal ini kerana, wanita merupakan penyambung generasi yang akan datang dan wanita juga memainkan peranan yang berbeza dengan kaum adam. 

Definisi wanita dapat ditakrifkan dalam pelbagai maksud dan membawa pelbagai makna yang berbeza. Wanita dari segi biologi merupakan perbezaan hakiki dengan kaum lelaki. Hal ini dapat dijelaskan dalam teori, dimana perbezaan antara wanita dan lelaki menjurus kepada sifat jasmani dan rohani. Golongan wanita mewakili hampir separuh penduduk Malaysia. Sumbangan mereka sama ada sebagai isteri, ibu serta pekerja yang mempunyai gaji, di dalam pembangunan bangsa dan negara adalah amat penting. Wanita bukan sahaja memainkan peranan utama di dalam pembentukan generasi akan datang malah mereka juga penting di dalam sektor luar bandar terutamanya pertanian.

Terdapat beberapa persatuan yang ditubuhkan melibatkan golongan belia di Kampung Igan iaitu Persatuan Belia Kampung Igan, Kumpulan Hadrah Kampung Igan dan lain-lain lagi. Persatuan-persatuan ini adalah antara persatuan belia yang paling aktif di Kampung Igan. Pelbagai aktiviti yang diadakan dan disertai oleh mereka sepanjang tahun.