Pendidikan merupakan satu aspek yang sangat penting pada masa kini bagi membentuk dan melahirkan generasi yang berpelajaran tinggi. Kampung Igan juga turut menyediakan beberapa pusat pendidikan bagi memudahkan penduduk kampung untuk menuntut ilmu. Matlamat utama penubuhan pusat pendidikan di Kampung Igan adalah untuk meningkatkan pencapaian akademik penduduk kampung dan memastikan setiap penduduk mendapat pendidikan yang selaras dengan perkembangan semasa. Ia juga bertujuan untuk mendapatkan dan memudahkan golongan yng kurang berkemampuan untuk memiliki ilmu dan pendidikan. 

Terdapat sebuah sekolah menengah di Kampung Igan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Igan. Sekolah rendah yang terdapat di Kampung Igan pula ialah Sekolah Kebangsaan Kampung Igan. Selain itu, terdapat dua buah pusat untuk golongan kanak-kanak iaitu Tabika Kemas dan Sedidik Sdn Bhd.