Program ini adalah kerjasama GEM -Asia Sdn.Bhd, MSD dan Pusat Internet.
 
Perserta yang berminat daftar dengan PI dan Pihak PI akan hantar maklumat sebelum 17 Jun 2020 kepada pihak kami. 
 
Q&A PROGRAM MENJANA PRESTASI POSITIF MELALUI LATIHAN KEMAHIRAN PENGURUSAN DIGITAL

1. Bilakah program ini akan dimulakan?
- Setakat ini tarikh sebenar masih dalam perancangan kerana pihak penaja perlu memastikan peserta yang dapat dikumpulkan dan peruntukan yang akan disediakan.  Walau bagaimanapun, pihak Gem-Asia mensasarkan untuk melancarkan dan memulakan program ini paling lewat pada pertengahan Julai 2020.  


2. Adakah peserta perlu membayar sebarang yuran?
- Peserta tidak perlu membayar sebarang yuran untuk program ini.

3. Adakah program ini dilaksanakan secara online atau offline?
- Program ini akan diadakan secara online tetapi majlis pembentangan hasil kerja dan penutup akan dibuat secara offline selama 2 hari 1 malam di lokasi yang akan ditentukan kemudian.

4. Adakah peserta akan diberikan sebarang elaun.
- Sebagai pengajur, kami sememangnya bercadang untuk menyediakan elaun latihan, tetapi berapa jumlahnya tidak dapat ditentukan sekarang ini sebab kami masih menantikan kelulusan dari pihak penaja.

5. Di manakah lokasi latihan?
- Lokasi utama latihan ialah dirumah masing-masing.  Jika talian internet tidak memuaskan, bolehlah menggunakan kemudahan Pusat Internet untuk menjalankan program tersebut.


Maklumat lanjut akan disediakan mengikut perkembangan semasa.

 Poster