Pendapatan utama penduduk Daerah Kecil Igan ialah menangkap ikan dan bercucuk tanam. Kini, pelbagai kemudahan telah disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta bagi memantapkan dan meningkatkan lagi teknik-teknik untuk digunakan bagi meningkatkan pendapatan dan hasil. Terdapat sebuah jabatan yang ditubuhkan khas untuk membantu dan membekalkan alat-alat dan kelengkapan untuk kerja-kerja bertani di Daerah Kecil Igan ini iaitu Jabatan Pertanian.

Pejabat Jabatan Pertanian IganJabatan Pertanian Igan merupakan jabatan yang sering membekalkan alat dan kemudahan seperti baja, racun, benih dan lain-lain kepada penduduk kampung. Penduduk Kampung Igan akan membuat permohonan bantuan ataupun skim bagi menternak ayam, lembu, kambing dan sebagainya. Jabatan ini telah menyumbangkan banyak bantuan kepada penduduk kampung sebelum ini.

ALAMAT : KAMPUNG SEKERANG IGAN.

Antara tanaman yang dihasilkan oleh penduduk Kampung Igan adalah seperti penanaman tembikai, lagu, jagung, pisang, kelapa sawit, pokok getah, nanas dan banyak lagi.

Penanaman Labu

 

Penanaman tembikai

 

Ladang Kelapa Sawit