Hari Bersama Komuniti (HBK) adalah sebuah program yang merapatkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Igan (PEDi Igan) dengan komuniti setempat bagi memastikan segala program yang dilaksanakan mampu mencapai "kebolehsambungan" agar operasi dan perkhidmatan PEDi terus berjalan megikut matlamat yang telah ditetapkan.

 

OBJEKTIF

Program ini adalah bertujuan untuk:

a) Memperkenal aplikasi terbaru DASHBOARD Komuniti
b) Mempromosikan Perkhidmatan / Kemudahan di PEDi
c) Meningkatkan keahlian baru PEDi
d) Melibatkan penyertaan skuad sukarelawan PEDi dalam aktiviti PEDi

 

SASARAN PESERTA

Terdapat 9 golongan sasaran :
I. Pra – Sekolah / tadika
II. Pelajar Sekolah Rendah
III. Pelajar Sekolah Menengah
IV. Belia
V. Dewasa
VI. Wanita
VII. WargaEmas
VIII. Usahawan
IX. Lepasan Sekolah

TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Program HARI BERSAMA KOMUNITI PiK Igan telah diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 17 - 20 MAC 2016
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : PEDi IGAN

Majlis Perasmian telah diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 20 MAC 2016
Masa : 2.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : PEDi IGAN

Dirasmikan oleh : Setiausaha Lembaga Amanah Kebajikan Islam Igan (Mantan Guru Besar SK Kampung Igan)

 

INTIPATI PROGRAM

Aktiviti yang dijalankan:

1. Ceramah Dashboard - Diadakan khas untuk golongan usahawan kecil kampung.

2. Family game - Sukaneka keluarga yang terdiri dari 4 orang ahli keluarga. Sukaneka yang diadakan adalah tiup belon, tiup tepung, rekaan fesyen, musang berjanggut,telefon karat, origami bunga dan anyaman ketupat. Objektif adalah untuk memperluaskan penglibatan sesebuah keluarga dengan PiK.

3. Sukaneka pelajar - Sukaneka pelajar yang melibatkan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Sukaneka yang diadakan adalah tiup belon, tiup tepung, rekaan fesyen, musang berjanggut, seremban, telefon karat dan bola beracun.

4. Pertandingan mewarna digital - Melibatkan kanak-kanak berumur 7 tahun ke bawah. Pertandingan menggunakan aplikasi PAINT.

5. Pertandingan Menaip - Pertandingan yang melibatkan warga emas berumur 45 tahun ke atas dan merupakan seorang surirumah. Pertandingan ini diadakan bagi menarik minat golongan surirumah dan warga emas untuk berjinak-jinak dengan komputer.

6. Treasure Hunt - Terbuka kepada semua golongan. Pertandingan ini adalah pertandingan cari barang yang berkaitan dengan ICT.

7. Legoland - Terbuka kepada semua golongan. Diadakan bagi menguji kecekapan para peserta untuk membina sebuah legoland yang berkaitan dengan ICT.

8. Pertandingan Poco-poco - Terbuka kepada semua golongan. Diadakan bagi memeriahkan lagi program Hari Bersama Komuniti PEDi Igan.

9. Majlis Perasmian 

10. Cabutan Bertuah

11. Pendaftaran ahli baru