PEMBUAT KRAFTANGAN MODEN

 NAMA : MOHD SAUFI AZANI BIN FRINO

 UMUR : 20 TAHUN

 AHLI : 2009

 

LATAR BELAKANG

Mula berjinak-jinak dengan kraftangan aksesori etnik Sarawak ini bila ibu beliau yang berbangsa Iban menjadikan kraftangan sebagai pendapatan keluarga dan juga hobi beliau.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Semasa mula-mula berjinak dengan pembuatan kraftangan moden ini, beliau hanya menjual untuk penduduk di dalam Kampung Igan sahaja. Hasil pendapatan sebulan penjualan secara rumah ke rumah adalah dalam lingkungan RM300.00 sahaja.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Selepas menghadiri latihan ICT di PEDi Igan, beliau telah mahir dalam penjualan barangan kraftangan moden secara online melalui platform Facebook, Twitter, Blog dan Instagram. Para pembeli begitu teruja dapat membeli barangan kraftangan melalui talian internet tanpa perlu keluar dari rumah. Hasil pendapatan sebulan beliau meningkat sehingga RM1,500.00 sebulan kerana banyak permintaan dari pelbagai tempat.

 

SaufiIzani