USAHAWAN SEPENUH MASA DAN PEMBEKAL IKAN KELI SEGAR DAN SALAI

 NAMA : ISHAK BIN DOL

 UMUR : 47 TAHUN

 AHLI : 2011

 

Latar belakang

Encik Ishak merupakan seorang usahawan sepenuh masa dan juga pembekal ikan keli di kawasan Mukah dan Dalat. Beliau telah memulakan usaha menjadi pembekal ikan keli setelah mendapat tempahan dari penduduk Igan dan komuniti diluar kawasan Igan. Pembeli kebiasaannya adalah pemilik kedai makan di sekitar Mukah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Igan beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan aplikasi Whatsapp yang dapat mempromosikan jualan beliau. Pelanggan beliau adalah dari Igan dan diluar Igan. Beliau merupakan pembekal ikan keli di kawasan Igan, Mukah dan Dalat. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM1800.

ishakDol