NAMA : ISNA WAHIDAH BINTI EDENI

 UMUR : 42 TAHUN

 AHLI : 2012

 

Latar belakang

Puan Isna Wahidah merupakan seorang usahawan sepenuh masa bagi perusahaan makanan. Beliau telah memulakan usaha membuka kedai makan berkonsepkan makanan kampung di Medan Selera Kpg Igan.Beliau juga merupakan seorang pengusaha ikan kering Igan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Igan beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan aplikasi Whatsapp yang dapat mempromosikan jualan beliau. Pelanggan beliau adalah dari Igan dan diluar Igan. Beliau turut berminat untuk mempelajari cara pengiklanan dan ‘boosting ads’ di facebook. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM1300.