NAMA : ALINA BINTI DRAHMAN

 UMUR : 41 TAHUN

 AHLI : 2015

 

Latar belakang

Pn Alina merupakan seorang belia yang aktif. Beliau merupakan seorang belia yang melakukan pelbagai jenis kerja dan bidang. Semasa masa lapang, beliau akan mengikuti latihan ICT dan pelbagai program di PEDi Igan supaya tidak ketinggalan dengan arus pemodenan terutamanya teknologi ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pn Alina tidak mahir dalam penggunaan internet dan emel. Beliau juga kurang mahir dalam penggunaan komputer secara keseluruhannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui latihan yang diadakan di PEDi Igan, Pn Alina kini lebih mahir menggunakan internet dalam mencari maklumat yang diperlukan. Beliau kini juga lebih mahir menggunakan emel. Contohnya dalam penggunaan emel, beliau akan menggunakan emel untuk menghantar resume dan mengemaskini laman web mencari kerja.