NAMA : ASFARIZAN BINTI JAMURI

 UMUR : 33 TAHUN

 AHLI : 2012

 

Latar belakang

Puan Asfarizan merupakan seorang usahawan sepenuh masa perniagaan kuih basah dan jualan makanan kering secara online.Beliau telah memulakan usaha perniagaan ini sejak tahun 2019 lagi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Igan beliau kini telah memiliki facebook, aplikasi Whatsapp Business dan aplikasi jualan atas talian (shopee) yang dapat mempromosikan jualan beliau. Pelanggan beliau biasanya dari Igan dan daerah berdekatan dengan Kampung Igan. Beliau turut berminat untuk mempelajari cara pengiklanan dan ‘boosting ads’ di facebook. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM600 – RM1000.

milot