NAMA : HAMSIAH BINTI ABANG SALUS

 UMUR : 60 TAHUN

 AHLI : 2009

Latar belakang

Puan Hamsiah merupakan seorang usahawan sepenuh masa dalam bidang jahitan dan sulaman secara offline dan online. Beliau telah memulakan usaha perniagaan ini sejak tahun 2010 lagi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Igan beliau kini telah memiliki facebook, aplikasi Whatsapp Business dan aplikasi jualan atas talian (shopee) yang dapat mempromosikan perkhidmatan beliau. Pelanggan beliau biasanya dari Igan dan daerah berdekatan dengan Kampung Igan. Beliau turut berminat untuk mempelajari cara pengiklanan dan ‘boosting ads’ di facebook. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 - RM2000 sebulan.