NAMA : HAMZAH BIN DONG

 UMUR : 70 TAHUN

 AHLI : 2014

 

Latar belakang

En Hamzah merupakan seorang pesara guru yang aktif. Semasa masa lapang, Encik Hamzah akan mengikuti latihan ICT dan pelbagai program di PEDi Igan supaya tidak ketinggalan dengan arus pemodenan terutamanya teknologi ICT. Beliau juga merupakan seorang Kaunselor yang bijak menggunakan masa beliau untuk mencari ilmu ICT di PEDi Igan dengan bantuan petugas PEDi Igan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Encik Hamzah tidak mahir dalam penggunaan komputer dan juga peranti moden masa kini. Kekangan seperti kurang mahir dengan penggunaan komputer menyebabkan kesukaran beliau untuk menyelesaikan kerja-kerja penting.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Melalui latihan yang diadakan di PEDi Igan, Encik Hamzah kini lebih mahir menggunakan komputer dan penggunaan internet dalam mencari maklumat yang diperlukan dan juga menyelesaikan kerja-kerja penting seorang kaunselor. Kemahiran beliau menggunakan komputer juga dibantu secara berterusan oleh petugas PEDi dari masa ke semasa.

HamzahDong