NAMA : SURYANTY BINTI ILI

 UMUR : 50 TAHUN

 AHLI : 2010

 

Latar belakang

Cik Suryanty merupakan seorang guru dan usahawan menjual barangan keperluan secara atas talian. Beliau telah memulakan usaha perniagaan ini sejak tahun 2022 lagi. Beliau juga melakukan merupakan belia yang sangat aktif melibatkan diri dalam pelbagai aktivti yang di adakan di NADI Igan. Beliau sering menghabiskan masa di NADI Igan kerana NADI Igan menyediakan perkhidmatan yang sangat diperlukan oleh beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pendapatan bulanan perniagaan beliau hanya sekitar RM200 – RM500 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh NADI Igan beliau kini telah memiliki facebook, aplikasi Whatsapp Business dan aplikasi jualan atas talian (shopee) yang dapat mempromosikan jualan beliau. Pelanggan beliau terdiri dari Igan dan diluar kawasan Igan. Beliau turut berminat untuk mempelajari cara pengiklanan dan ‘boosting ads’ di facebook dan juga menggunakan platform Yezza. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM2500.