Pusat Sebaran Maklumat Nasional Igan (NADI) telah mula beroperasi dengan sepenuhnya pada 01 November 2009. Seramai 2,562 orang ahli telah berdaftar di Pusat Sebaran Maklumat Nasional Igan (NADI Igan) sehingga September 2024. Ahli-ahli tersebut terdiri daripada kanak-kanak 5 tahun sehingga warga emas yang berumur 90 tahun. Sambutan dari penduduk Kampung Igan dan kampung-kampung sekitarnya sangatlah menggalakkan.
Pusat Sebaran Maklumat Nasional Igan (NADI) terletak di Kampung Tengah Igan iaitu di Bangunan Lama Pejabat Daerah Igan. Pusat Sebaran Maklumat Nasional Igan telah melalui proses naiktaraf pada tahun 2015 dan mula beroperasi sepenuhnya semula bermula pada Februari 2016 sehingga sekarang.
Pusat Sebaran Maklumat Nasional bukan sahaja membantu merapatkan jurang digital diantara masyarakat bandar dan luar bandar bahkan merupakan satu landasan untuk masyarakat mengubah cara hidup ekonomi mereka dengan menggunakan peralatan berteknologi terkini untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Seiring dengan saranan perdana menteri yang mahu penduduk masyarakat luar bandar dapat merasai kemudahan yang ada pada setiap bandar atau pekan, Pusat Sebaran Maklumat Nasional merupakan satu pusat yang strategik untuk menyatukan perpaduan penduduk setempat dan secara tidak langsung mereka akan mendapat faedah daripada sumbangan yang telah diberikan sepertimana penggunaan komputer serta akses kepada dunia luar melalui penggunaan jalur lebar.
Pada dunia sekarang yang maju serta canggih, penduduk-penduduk yang berada di luar bandar atau di pedalaman dapat merasai apa yang berlaku di seluruh dunia hanya mengakses jalur lebar atau lebih dikenali sebagai Internet.
Para peniaga atau usahawan secara amnya dapat memasarkan produk mereka kepada masyarakat luar bandar dan pedalaman secara tidak langsung dapat menjimatkan kos-kos perbelanjaan yang mahal untuk sampai ke tempat tersebut, bahkan bukan itu sahaja, para usahawan atau peniaga luar bandar dapat menjual atau memperkenalkan produk mereka ke dunia luar melalui Pusat Sebaran Maklumat Nasional.
Di harap dengan adanya Pusat Sebaran Maklumat Nasional Igan ini dapat membantu penduduk setempat memajukan diri mereka dan seterusnya meningkatkan taraf hidup masyarakat. Hal ini kerana penubuhan NADI di Kampung Igan bukan saja untuk mengurang jurang IT masyarakat luar bandar akan tercapai, malah diharapkan mencapai lebih daripada itu.
Dengan kemudahan yang lengkap, program-program yang bakal dilaksanakan dan sebagainya, diharap dapat membantu masyarakat setempat. Pada masa yang sama komuniti dapat menunjukkan keberkesanan diatas kewujudan NADI dan mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari melalui program yang dilaksanakan oleh pihak NADI.