Terdapat beberapa persatuan yang ditubuhkan melibatkan golongan belia di Kampung Igan iaitu Persatuan Belia Kampung Igan, Kumpulan Hadrah Kampung Igan dan lain-lain lagi. Persatuan-persatuan ini adalah antara persatuan belia yang paling aktif di Kampung Igan. Pelbagai aktiviti yang diadakan dan disertai oleh mereka sepanjang tahun.