JKKK merupakan satu organisasi yang ditubuhkan bagi menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan sesebuah kampung. Menurut wikipedia, JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG atau JKKK merupakan organisasi sesebuah kampung untuk mentadbir dan menguruskan sesebuah kampung. JKKK diketuai oleh seorang pengerusi yang merangkap Ketua Kampung bagi sesebuah kampung. Dalam perkampungan tradisional Melayu, Ketua Kampung secara automatik menjadi ketua / pengerusi JKKK. Di beberapa tempat, Ketua Kampung dipanggail Ketua Kaum.

Mesyuarat JKKK diadakan sebulan sekali dan ahli JKKK akan mendapat elaun kehadiran. Turut serta ialah Penghulu Kampung. Penghulu ialah kaki tangan tetap kerajaan negeri dengan kelulusan SPM dan ke atas. Penghulu akan melaporkan masalah, aduan dan rayuan daripada JKKK kepada Pegawai Daerah. Pegawai Daerah bertanggungjawab kepada Menteri Besar di setiap negeri.