Kebanyakan golongan wanita di Kampung Igan melakukan aktiviti seperti membuat terendak, menyertai kelas menjahit, memasak, membuat kraftangan, membuat kuih-muih tradisional, biskut dan sebagainya.
Pihak Kemas telah menyediakan dan mengadakan kelas memasak, kelas menjahit dan kelas membuat kuih-muih tradisional pada hari Rabu setiap minggu. Kelas-kelas ini diadakan secara percuma dan diajar oleh tenaga pengajar yang terlatih yang disediakan oleh pihak Kemas sendiri. Kelas-kelas ini disediakan khas untuk semua golongan wanita di Kampung Igan.
Selain itu, golongan wanita di sini juga terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam aktiviti IKS dengan membuat kuih-muih, biskut-biskut dan kraftangan seperti terendak untuk dijual. Antara kuih-muih dan biskut-biskut yang dijual adalah seperti kerepek ubi, pisang dan keladi, kuih jala, dram, kuih cina, biskut jerebu dan macam-macam lagi. Secara tidak langsung penglibatan golongan wanita ini akan meningkatkan lagi taraf hidup dan ekonomi penduduk Kampung Igan.
Pertandingan Poco-poco
PRODUK HASIL LAUT
HASIL KRAFTANGAN
MENGIKUTI KELAS, BENGKEL DAN KURSUS KOMPUTER DI PIK IGAN