SEDIDIK MUTIARA KAMPUNG IGAN


     Sedidik Mutiara Kampung Igan merupakan sebuah pusat jagaan dan pengajaran kanak-kanak yang sangat aktif di Kampung Igan. Pusat ini telah mendapat pelbagai anugerah seperti Anugerah Pusat Harapan, Anugerah PPKKC Paling Cemerlang dan banyak lagi. Baru-baru ini, pusat ini telah mendapat anugerah sebagai Sedidik Mutiara, sekaligus dikenali sebagai Sedidik Mutiara Igan dan tidak lagi dikenali sebagai PPKKC Sedidik Igan. Pusat ini terletak di Kampung Tengah Igan.

     Waktu operasi Sedidik Mutiara Igan untuk sesi pagi pada jam 8:00 pagi sehingga 11:00 pagi untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun. Sesi petang pula bermula jam 1:30 petang sehingga 4:30 petang untuk kanak-kanak 5 hingga 6 tahun. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 35.00 sebulan untuk kanak-kanak 2 tahun ke bawah dan RM 25.00 sebulan untuk kanak-kanak 3 hingga 6 tahun. Pusat ini terletak di bawah jagaan Cik Suzana Binti Senhji sebagai Ketua dan 3 orang pembantu.

SedidikIgan