LOGO SKKI

LogoSKKI

KUNING - Kepatuhan kepada undang-undang dan peraturan sekolah sebagai jati diri warga sekolah

MERAH - Kesungguhan bekerja, berani dan bersemangat menghadapi arus perubahan

HIJAU - Ketiggian dan keunggulan nilai ilmu dan akhlak dalam setiap perbuatan

PUTIH - Melambangkan kebersihan dan kesucian hati yang wujud dalam kalangan pelajar SKKI bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga mental dan emosi

 

MOTTO DAN SLOGAN SKKI

MOTTO

Usaha Asas Jaya

 

SLOGAN

I - Insan

G - Gemilang

A - Aspirasi

N - Negara

 

BARISAN PENTADBIR

GURU BESAR

GuruBesar

CIKGU AZMAN BIN MADAUD

 

PENOLONG KANAN

PenolongKanan

CIKGU ARKIANIDI BIN MAHROS

 

PENOLONG KANAN HEM

PKHem

CIKGU OMAR BIN DIN

 

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

PKKK

CIKGU ZULKIFLI ABDULLAH

 

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG IGAN (SKKI)

     Sekolah Kebangsaan Kampung Igan terletak di Kampung Igan. Sebelum tahun 2003, Sekolah Kebangsaan Kampung Igan adalah terletak dalam jajahan Bahagian Sibu. Kampung Igan pula begitu unik tempatnya kerana terletak di kawasan sempadan beberapa daerah kecil yang lain seperti Daerah Kecil Oya dan Daerah Kecil Matu. Bagi peringkat pentadbiran Kerajaaan Negeri pula, daerah Kecil Igan ditadbir oleh Daerah Matu-Daro, Sarikei. Manakala urusan berkaitan Jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan ditadbir oleh Bahagian Sibu. 

     Mulai tahun 1998, Sekolah Kebangsaan Kampung Igan ditadbir oleh Jabatan Pendidikan ( kini : Pejabat Pelajaran Daerah Kecil ) Daerah Dalat. Ironi sejarahnya, Sekolah Kebangsaan Kampung Igan yang pada asalnya dikenali sebagai Sekolah Melayu Igan atau singkatannya SMI sebenarnya telah wujud secara tidak rasminya sejak 1938. Pada ketika itu, seperti juga kebanyakan sekolah-sekolah di kawasan lain, SEkolah Kebangsaan Kampung Igan juga dibiayai oleh penduduk setempat. Pandangan jauh dan keinginan menanam kepentingan pelajaran, telah meruntun hasrat beberapa orang penduduk tempatan untuk menynggupi rumah masing-masing digunakan sebagai tempat belajar secara bergilir-gilir.

     Guru pertama dan antara perintis dunia keilmuan kawasan ini ialah Encik Norwawi @ Charles bin Suhaili. Sekolah Melayu Igan, sebenarnya banyak kali ditutup dek beberapa kekangan dan himpitan suasana dan keadaan ketika itu. Sehinggalah pada 1 Januari 1952 terukai satu detik sejarah bagi sekolah tersebut dan penduduk setempat khasnya, bila mana satu tapak kekal mengabdikan sekolah tersebut.

     Sekolah Kebangsaan Kampung Igan yang sinonim dengan gelarannya Kampung Igan School (KIS) pada tahun 1960-an memulakan kelas rasminya pada 1 Februari 1952 dengan kira-kira 100 orang murid. Murid-murid sekolah tersebut pada ketika itu terdiri daripada anak-anak orang Melanau, Melayu, Cina dan Iban.

     Guru Besar pertama Sekolah Kebangsaan Kampung Igan ialah Encik Johari bin Bojeng. Ketika itu Sekolah Kebangsaan Kampung Igan sebenarnya terletak di Kampung Tengah Igan, Matu. Megah di tapak tersebut juga tidak berpanjangan. Mungkin sekali keadan yang “berhimpit-himpit” dengan rumah penduduk dan bilangan murid pula semakin bertambah dari setahun ke setahun makanya Sekolah Kebangsaan Kampung Igan berpindah pula ke tempat baru ( sekarang ) pada September 1997. Dengan bangunan konkrit yang mantap, prasarana yang baik dan suasana yang jauh lebih, maka Guru Besar pertama Sekolah Kebangsaan Kampung Igan di tapak baru, Encik Hamzah bin Dong mula menjananya dengan penuh semangat.

     Sebenarnya, Sekolah Kebangsaan Kampung Igan, Sibu ( di tapak lama ) amat sukar untuk dilupakan. Sehingga ke hari ini, istilah atau gelaran “sekolah lama” atau “sekolah laut” begitu melekat di bibir penduduk. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain, makanya semua itu menggambarkan tentang segala ‘jasa-jasa’ sekolah tersebut dan para gurunya. Begitu ramai cerdik pandai yang “dilahirkan” dari sekolah tersebut. Setinggi jawatan professor pun dapat disandang. Begitu ramai yang berjaya mengisi jawatan di beberapa sektor awam dan swasta. Menjadi pengusaha pun pengusaha berjaya. Menjadi nelayan pun neleyan yang jauh lebih moden dan mempunyai kapal dan peralatan yang canggih sendiri.

     Walaupun demikian, Sekolah Kebangsaan Kampung Igan waktu itu amat “kurang” menyertai mana-mana kegiatan yang berkaitan kokurikulum yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Bahagian Sibu. Ini disebabkan oleh kaedah pengangkutan dan keadaan geografikalnya yang terletak terlalu jauh. Andai menyertai pun, hanya beberapa aktiviti yang disertai. Itupun amat memerlukan perancangan yang paling rapi dan bekalan serta kewangan yang mencukupi. Terletak di muara Batang Igan dan mengadap Laut Cina Selatan, sekolah yang terletak di tengah-tengah perkampungan nelayan ini tidak pernah mengabaikan kelangsungan penyampaian ilmu.

     Mulai September 1997, di tapak baru dengan bangunan serba moden Sekolah Kebangsaan Kampung Igan “tidak menoleh ke belakang” lagi. Pencapaian sentiasa membanggakan, pencapaian kokurikulum tidak jauh keterbelakang, sahsiah dan akidah murid tetap menjadi keutamaan dan tunjang kejayaan. Terletak di Kampung Pulau Igan, bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Igan dengan keluasan tapaknya kira-kira 9.92 hektar dengan kos pembinaan mencecah RM2.4 juta dan adalah di antara sekolah yang mempunyai bilangan murid teramai di Dalat. Inspirasi sekolah lama dan harapan penduduk setempat demi meneruskan kecemerlangan, Sekolah Kebangsaan Kampung Igan, Guru Besarnya Encik Lias bin Hj. Daud menepis onak, merintis denai demi menggapai keterbilangan. Guru Besar yang seterusnya adalah diketuai oleh puan Harpah Binti Nen yang baru berkhidmat di sekolah pada bulan Julai 2011. Guru Besar yang terkini adalah CIkgu Azman Bin Madaud.

Sumber : Blogspot SKKI