Program Jelajah Klik Dengan Bijak (KDB) ini merupakan salah satu program kesedaran tentang keselamatan dan melayari dunia teknologi maklumat. Ia juga merupakan program mesra kepada komuniti bagi memupuk sikap positif penggunaan internet oleh pengguna serta merapatkan lagi jurang komuniti. Diharap dengan adanya program Jelajah KDB ini akan dapat mengurangkan masalah sosial dan melahirkan modal insan yang baik pada masa hadapan. Objektif program ini diadakan adalah :
- Memupuk penggunaan internet secara positif kepada pengguna
- Memberi pendedahan kepada masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Komuniti Igan.
Pada hari Khamis, 21 April 2016 yang lepas, Pusat Sebaran Maklumat Nasional Igan (NADI Igan) beserta seluruh Pusat Sebaran Maklumat Nasional Bahagian Mukah (Oya, Dalat, Medong, Judan, Balingian, Jebungan, Sg Ragei) telah mengadakan Program Jelajah KDB di SMK Agamai Igan. Seramai 205 orang peserta telah menyertai program tersebut. Untuk bahagian Mukah, kesemua 8 buah NADI telah bergabung tenaga dan bekerjasama menjayakan program Jelajah KDB ini.
Berikut merupakan jadual Program Jelajah KDB Bahagian Mukah untuk tahun 2016.
BIL | NAMA NADI | TARIKH | NAMA SEKOLAH | BIL PESERTA |
1 | NADI JEBUNGAN | 15 APRIL 2016 | MRSM MUKAH | 118 orang |
2 | NADI SG RAGEI | 19 APRIL 2016 | SMK MUKAH | 33 orang |
3 | NADI DALAT & MEDONG | 20 APRIL 2016 | SMK DALAT | 400 orang |
4 | NADI JUDAN | 20 APRIL 2016 | SMK THREE RIVERS | 200 orang |
5 | NADI IGAN | 21 APRIL 2016 | SMK AGAMA IGAN | 205 orang |
6 | NADI KUALAA HILIR OYA & BALINGIAN | 21 APRIL 2016 | SMK OYA | 200 orang |
7 | NADI JEBUNGAN | 22 & 23 APRIL 2016 | PEDi JEBUNGAN | 35 orang |
http://igan.pjk.com.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti/laporan-aktiviti/84-jelajah-klik-dengan-bijak#sigFreeId2aafce5726