Puan Anna Waheeda merupakan salah seorang pengusaha porduk hasil laut yang sangat aktif di Kampung Igan. Beliau juga merupakan seorang usahawanan yang berniaga di Medan Selera Igan. Untuk entri kali ini, kami akan mempromisikan produk hasil laut yang Puan Anna Waheeda hasilkan. Antara produk yang sentiasa mempunyai stok simpanan adalah ikan masin kering pelbagai jenis seperti ikan bir, ikan senglo, ikan gelama dan banyak lagi.

     Beliau juga merupakan seorang isteri kepada nelayan kampung iaitu Encik Hassan. Encik Hassan merupakan nelayan yang sering menangkap ikan-ikan segar dan pada musim payak (udang) beliau merupakan antara pembekal utama payak. Harga bagi sekilo ikan masin yang Puan Anna Waheeda jual adalah bergantung kepada jenis ikan iaitu sekitar harga Rm15.00 ke RM 25.00. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan ikan masin atau produk hasil laut yang lain, bolehlah menghubungi beliau di nombor yang tertera pada gambar yang dilampirkan.

ikanmasinkanna