NAMA : AZIMATUL ANITA BINTI MOHD TAHIR

 UMUR : 50 TAHUN

 AHLI : 2022

 

 

Latar belakang

Puan Anita merupakan seorang usahawan sepenuh masa bagi perusahaan perkhidmatan menghasilkan dan menjual bantal fiber, beg dan topi handmade. Beliau telah memulakan usaha menghasilkan dan menjual barangan ‘handmade’ ini seawal tahun 2019 untuk menambah pendapatan keluarga selain menjadi surirumah sepenuh masa.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM800 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Igan beliau kini memiliki Facebook Page, laman Instagram dan Shopee syarikat jualan beliau sendiri yang dapat mempromosikan jualan beliau. Pelanggan beliau adalah dari Igan dan juga dari luar Igan. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000.00 – RM1200.00. Bagi menambah pendapatan juga, beliau sedang menjalankan ‘Research & Development’ bagi produk terbaru beliau (tote bag) untuk pasaran luar.

 

WhatsApp-Image-2022-11-21-at-10.04.19-AM-1

Klik Sini Untuk Lebih Lanjut