Puan Azimatul Anita adalah seorang Usahawan Kampung Igan yang mengusahakan Produk Alove D'Pillows. Antara produk yang dihasilkan oleh beliau adalah set bantal, baby nest, hijabista hat, tote bag, dan banyak lagi. Set bantal & baby nest yang beliau keluarkan adalah menggunakan 100% fiber. Menariknya, pelanggan boleh memilih sendiri corak dan beliau akan memastikan kualiti produk yang dikeluarkan adalah terbaik.

Selain itu juga, beliau sangat menitikberatkan 100% kebersihan (hygiene) pada produk beliau sebelum diserahkan kepada pelanggan. Beliau juga menerima tempahan untuk majlis-majlis tertentu seperti tempahan totebag untuk majlis keramaian.

Kepada yang berminat untuk menempah bolehlah menghubungi beliau di talian 0192712479.