Persatuan Belia Kampung Igan telah menyertai Pertandingan Senam Aerobik dan Makanan Sihat pada Majlis Konvensyen Kospen 2017 yang telah diadakan pada 23 hingga 25 November 2017 yang lepas. Majlis tersebut telah diadakan di Kingwood Resort Mukah. Persatuan Belia Kampung Igan telah mendapat JOHAN bagi kedua-dua kategori yang disertai iaitu Pertandingan Senam Aerobik dan Makanan Sihat. Tahniah diucapkan atas kejayaan cemerlang belia-belia Kampung Igan.