Kampung Igan merupakan salah satu daerah pentadbiran di bawah kendalian ADUN N44 Jemoreng. Ahli ADUN yang dilantik mewakili ADUN N44 Jemoreng adalah Yang Berhormat Dato' Murshid Diraja Dr Juanda Jaya

 

ADUN N 44 JEMORENG

NAMA : YB DATO' MURSHID DIRAJA DR JUANDA BIN HAJI JAYA

KAWASAN PILIHANRAYA : ADUN N 44 JEMORENG

PARTI : PARTI PESAKA BUMIPUTRA BERSATU (PBB)

NO. TELEFON : 019-8894419

ALAMAT : LOT 4070, TAMAN CARISA, LORONG BAKTI 1B, JALAN SULTAN TENGAH PETRA JAYA, 93050 KUCHING SARAWAK.

 

Sumber : Laman Web Dewan Undangan Negeri Sarawak

 

Daerah Kecil Igan terletak di Bahagian Mukah sinonim dengan jolokan Kampung Nelayan. Kampung Igan, salah sebuah perkampungan Melanau yang terletak berhampiran dengan penghujung Sungai Rejang. Perjalanan ke Kampung Igan mengambil masa selama 3 hingga 4 jam sekiranya melalui jalan darat. Sekiranya menggunakan bot express, perjalanan ke Kampung Igan mengambil masa selama 5 jam dari Sibu menuju ke jeti Igan. Segelintir penduduk di Kampung Igan bekerja di jabatan kerajaan dana sektor swasta. Bagaimanapun, kebanyakan penduduk kampung bekerja sendiri. Kebanyakan mereka melibatkan diri dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) seperti menjual ikan masin, serunding ikan, belacan, keropok ikan, penanaman kelapa sawit, penanaman pokok getah, kraftangan dan lain-lain lagi. Hasil industri ini juga dipasarkan secara komersial hingga ke Bandaraya Kuching.

Kampung Igan terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kecil Igan. Daerah Kecil Igan terletak di muara Sungai Batang Igan. Daerah ini telah dinaiktarafkan sebagai Daerah Kecil pada tahun 1992 dengan keluasan 244.58 kilometer persegi. Sebelum tahun 2002, daerah ini terletak di bawah naungan bahagian Sibu. Pada 1 Mac 2002, daerah ini dengan rasminya terletak di bawah naungan dan pentadbiran bahagian Mukah dan Daerah Matu.

Kampung Igan terletak di Bahagian Mukah yang sinonim dengan jolokan Kampung Nelayan. Kampung Igan, salah sebuah perkampungan Melanau yang terletak berhampiran dengan penghujung Sungai Rejang. Perjalanan ke Kampung Igan mengambil masa selama 3 hingga 4 jam sekiranya melalui jalan darat. Sekiranya menggunakan bot express, perjalanan ke Kampung Igan mengambil masa selama 5 jam dari Sibu menuju ke jeti Igan.

Segelintir penduduk di Kampung Igan bekerja di jabatan kerajaan dana sektor swasta. Bagaimanapun, kebanyakan penduduk kampung bekerja sendiri. Kebanyakan mereka melibatkan diri dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) seperti menjual ikan masin, serunding ikan, belacan, keropok ikan, penanaman kelapa sawit, penanaman pokok getah, kraftangan dan lain-lain lagi. Hasil industri ini juga dipasarkan secara komersial hingga ke Bandaraya Kuching.

Sehingga kini, Kampung Igan merangkumi lima buah rangkaian kampung terdekat yang terdiri daripada Kampung Sekerang, Kampung Tengah, Kampung Pulau, Kampung Baru Ismail dan Kampung Baru Dagang Igan.

 

 

 P.207-IGAN

Nama YB TUAN HAJI AHMAD JOHNIE BIN ZAWAWI
Parti GPS - PBB
Tempat Duduk D-29
Parlimen P207
Kawasan IGAN
Negeri Sarawak
No. Telefon 082-421099
No. Faks 082-421399
Email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat Surat-menyurat Alunan Jujur Sdn. Bhd. 2nd Floor, Lot 379, Lorong 6, KTLD, Jalan Nanas, 93400 Kuching, Sarawak

Bahagian Mukah telah diisytiharkan sebagai Bahagian Ke Sepuluh di Sarawak pada 1 Mac 2002 oleh Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak. Setelah persempadanan semula, keluasan Pentadbiran Bahagian Mukah seluas 6,997.61 kilometer persegi terdiri daripada empat buah Daerah Mukah, Dalat, Matu dan Daro serta empat buah Daerah Kecil iaitu Balingian, Oya, Igan dan Belawai. Daerah Mukah merupakan pusat pentadbiran di peringkat Bahagian.

Pengiktirafan Bahagian Mukah sebagai Bahagian telah membuka lembaran baru dalam jentera pentadbiran Negeri Sarawak apabila merangkumi seluruh kawasan pesisir pantai di bahagian tengah negeri Sarawak yang menghadap Laut Cina Selatan iaitu menganjur dari Balingian di sebelah Timur sehingga Belawai di sebelah Barat dengan pantai sepanjang 200 km dan mempunyai kawasan bertanah gambut yang rata.

Pengiktirafan Mukah sebagai Bahagian telah membuka lembaran baru dalam jentera pentadbiran Negeri Sarawak. Dengan mewujudkan satu kawasan yang lebih kecil adalah diharapkan proses pembangunan di kawasan Mukah akan bertambah pesat dan berterusan.