Daerah Kecil Igan terletak di Bahagian Mukah sinonim dengan jolokan Kampung Nelayan. Kampung Igan merupakan salah sebuah perkampungan Melanau yang terletak berhampiran dengan penghujung Sungai Rejang. Perjalanan ke Kampung Igan mengambil masa selama 3 hingga 4 jam sekiranya melalui jalan darat. Sekiranya menggunakan bot express, perjalanan ke Kampung Igan mengambil masa selama 5 jam dari Sibu menuju ke jeti Igan.

 

Segelintir penduduk di Kampung Igan bekerja di jabatan kerajaan dana sektor swasta. Bagaimanapun, kebanyakan penduduk kampung bekerja sendiri. Kebanyakan mereka melibatkan diri dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) seperti menjual ikan masin, serunding ikan, belacan, keropok ikan, penanaman kelapa sawit, penanaman pokok getah, kraftangan dan lain-lain lagi. Hasil industri ini juga dipasarkan secara komersial hingga ke Bandaraya Kuching.