Pi1M Igan  mula beroperasi pada 01 November 2009 menggunakan premis milik Pejabat Daerah Kecil Igan. Bangunan ini adalah pejabat lama bagi Pejabat Daerah Kecil Igan yang kini telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di Kampung Sekerang Igan. Keluasan bangunan Pi1m Igan adalah 1,046.50 kaaki persegi. Namun begitu, pada 07 September 2014 bangunan Pi1M Igan telah diubahsuai dan dinaiktaraf setanding dan selaras dengan semua Pi1M yang terdapat di seluruh Malaysia. Waktu operasi Pi1M Igan adalah seperti berikut :

Pusat Internet 1 Malaysia Igan telah mula beroperasi dengan sepenuhnya pada 01 November 2009. Seramai 1,765 orang ahli telah berdaftar di Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M Igan) sehingga Februari 2017. Ahli-ahli tersebut terdiri daripada kanak-kanak 5 tahun sehingga warga emas yang berumur 90 tahun. Sambutan dari penduduk Kampung Igan dan kampung-kampung sekitarnya sangatlah menggalakkan. 

Pusat Internet 1 Malaysia Igan (Pi1M Igan) sebelum ini dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti Igan (PJK Igan). Bermula pada tahun 2013, sejajar dengan dengan seruan Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak bagi menyelaraskan semua produk 1 Malaysia, PJK Igan turut bertukar nama kepada Pusat Internet 1 Malaysia Igan (Pi1M Igan).

Pusat Internet 1 Malaysia Igan terletak di Kampung Tengah Igan iaitu di Bangunan Lama Pejabat Daerah Igan. Pusat Internet 1 Malaysia Igan telah melalui proses naiktaraf pada tahun 2015 dan mula beroperasi sepenuhnya semula bermula pada Februari 2016 sehingga sekarang. 

STATISTIK TAHUNAN KEAHLIAN PI1M IGAN

 

 

GRAF TAHUNAN KEAHLIAN PI1M IGAN

Pusat Internet 1 Malaysia Igan, Mukah, Sarawak mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) merupakan sebuah Program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad dan MSD Digital Intelligent Sdn Bhd. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat. Sebanyak 356 buaha Pusat Internet 1 Malaysia dibawah seliaan Telekom Malaysia Berhad yang telah diwujudkan di seluruh Malaysia iaitu 12 buah pusat Fasa Perintis, 73 buah pusat Fasa 1, 52 buah pusat Fasa 2, 31 buah pusat Fasa Felda, 5 buah pusat Fasa Felda EB, 1 buah pusat Fasa Long Beruang, 100 buah pusat Fasa Telephony, 10 buah pusat Fasa Clawback 2012, 42 buah pusat Fasa CBL Enhancement dan 30 buah pusat Fasa Clawback 2013 telah diwujudkan di seluruh Malaysia termasuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) merupakan satu projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.