Pada 13 Ogos 2017, Urusetia Saudara Baru (USK) telah menganjurkan Kursus Smart Solat dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Mukah. Kursus tersebut bertujuan untuk memantapkan lagi solat saudara-saudara (mualaf) baru Islam Kampung Igan. Antara aktiviti yang diadakan semasa kursus tersebut adalah tatacara mendirikan solat dengan betul, bacaan-bacaan solat yang sempurna, cara berwuduk dengan sempurna dan pelbagai lagi aktiviti yang memberi tunjuk ajar tentang kesempurnaan solat. Peserta-peserta yang terlibat adalah dari golongan mualaf Kampung Igan. Tenaga pengajar adalah dari Jabatan Agama Islam Mukah.