Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang dulu dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama TM Berhad dan dikendalikan oleh MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd. Program ini bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. PEDi diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

Sebanyak 356 buah PEDi dibawah seliaan Telekom Malaysia Berhad yang telah diwujudkan di seluruh Malaysia iaitu 12 buah pusat Fasa Perintis, 73 buah pusat Fasa 1, 52 buah pusat Fasa 2, 31 buah pusat Fasa Felda, 5 buah pusat Fasa Felda EB, 1 buah pusat Fasa Long Beruang, 100 buah pusat Fasa Telephony, 10 buah pusat Fasa Clawback 2012, 42 buah pusat Fasa CBL Enhancement dan 30 buah pusat Fasa Clawback 2013 telah diwujudkan di seluruh Malaysia termasuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhasrat untuk menjadikan PEDi sebagai pusat untuk merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sediaada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan Negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat dan celik IT menjelang tahun 2020.

Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan PEDi sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut:

- e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)

- e-Pembelajaran (e-Learning)

- e-Dagang (e-Commerce)

- Pengumpulan dan pertukaran maklumat

- Pusat Komunikasi

- Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian

- 1 Stop Centre

- Pusat peperiksaan dan persijilan

- Pusat Pembelajaran online etuisyen

- Pusat penghasilan tenaga kerja

 

kAUNTER

 

RUANGAN DI PEDi IGAN

KAUNTER - Ruangan pengurusan PEDi Igan ialah pada ruangan kaunter. Segala urusan dan pertanyaan bolehlah berhubung dengan petugas pada ruangan ini. Para pengguna adalah di larang sama sekali memasuki ruangan ini.

WhatsApp-Image-2021-10-11-at-14.39.06   pIK

 

BILIK LATIHAN - Di dalam bilik latihan PEDi Igan, disediakan 10 unit PC untuk kegunaan pembelajaran bagi kemudahan penduduk kampung. Setiap latihan, aktiviti dan bengkel yang dijalankan adalah diberikan secara percuma kepada ahli-ahli yang berdaftar sebagai ahli PEDi. Turut disediakan ialah projektor bagi kemudahan pengajaran yang lebih efektif.

BilikLatihan   BilikLatihann

 

RUANGAN PENGGUNA -Pada ruangan pengguna (surfing area), disediakan 10 unit PC untuk kegunaan komuniti tempatan dan luar bagi melayari internet dan mencari maklumat.

Surfing   Surfingg